Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

| 18/07/2012 | 0 Comments

wang kertas baru malaysia 2012 Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

Wang kertas Malaysia siri baru ini telah pun berada di dalam edaran mulai 16 Julai 2012 yang lepas. Wang kertas siri baru ini berkonsepkan warna terang dan gambaran bertema budaya, warisan dan keindahan alam semulajadi negara. Selain tu, wang kertas RM20 juga telah kembali.

Bertemakan keunikan Malaysia, siri keempat wang kertas ini akan menggantikan siri yang sedia ada dalam edaran selama lebih daripada 10 tahun, dengan paparan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraftangan, keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ia menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan selaras dengan kemajuan terkini dalam teknologi percetakan wang kertas dan mengekalkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk menghalang pemalsuan.

Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, dan bunga kebangsaan dikekalkan pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas pula memaparkan ciri-ciri alam semulajadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi. Wau dipaparkan pada wang polimer RM1 baru. Denominasi RM5 memaparkan burung enggang badak yang memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak manakala wang RM10 menonjolkan bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Wang kertas RM20 dengan warna jingga pula memaparkan dua spesies penyu terkenal iaitu penyu karah dan penyu belimbing yang merupakan lambang hidupan laut di perairan Malaysia. Gambaran pada denominasi RM50 tidak ada perubahan ketara yang menonjolkan kelapa sawit sebagai ikon ekonomi negara dan bioteknologi dalam menyokong transformasi ekonomi.

Kekaguman Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu, Sarawak dipaparkan pada wang RM100 yang menjadi kebanggaan negara.

5FIP6 Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

MQ81i Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

eoJKM Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

mn96F Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

So, raya tahun ini boleh la guna duit baru ni ya!

iklan1 Duit Baru Malaysia 2012, Wang Kertas RM20 Kembali Diperkenalkan

Carian Anda :

  • duit baru 2012 (181)
  • wang kertas malaysia baru (103)
  • duit baru malaysia 2012 (49)
  • wang malaysia baru (39)
  • duit rm100 baru (28)
  • wang malaysia baru 2012 (28)
  • wang baru malaysia 2012 (25)
  • wang kertas (20)
  • rm20 baru (17)
  • wang kertas baru malaysia 2012 (16)

Tags: , , , , , ,

Category: Berita, Gambar, Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: