Chong Wei Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia, 2014 Temasya Terakhir Baginya

| 06/08/2012 | 2 Comments
chong wei Chong Wei Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia, 2014 Temasya Terakhir Baginya

Pemain badminton negara Lee Chong Wei bersama pingat perak selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley.

LONDON: “Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua,” kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

“Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih,” katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

“Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

“Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A,” katanya.

Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

“Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya,” kata Chong Wei.

Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.

“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.

Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

“Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua,” katanya secara berseloroh.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti ‘hampir mencapai puncak Everest’.

“Dia bermain amat baik dan mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik,” katanya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.

“Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik,” katanya. – BERNAMA

iklan1 Chong Wei Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia, 2014 Temasya Terakhir Baginya

Tags: , , , , ,

Category: Berita, Sukan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. kodinz says:

    masih menanti pengganti LCW di masa hadapan. tak nampak lagi pelapis yang betul2 bagus
    kodinz nak shared pasal..Kajian Keyword – Mencari Keyword Yang Kurang PersainganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: