RSSIsu Semasa

Pengendali Laman Jiwang.Org Ditahan Polis Di Kelantan

| 18/06/2013 | 0 Comments
Pengendali Laman Jiwang.Org Ditahan Polis Di Kelantan

PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org. Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara [...]

Continue Reading

PRU13 – PM Lancar Manifesto Barisan Nasional “Menepati Janji Membawa Harapan”

| 07/04/2013 | 0 Comments
PRU13 – PM Lancar Manifesto Barisan Nasional “Menepati Janji Membawa Harapan”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sewaktu melancarkan Manifesto BN di Stadoum Putra Bukit Jalil. Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra [...]

Continue Reading

Lagi 6 Suspek Pengganas Sulu Ditahan

| 12/03/2013 | 0 Comments
Lagi 6 Suspek Pengganas Sulu Ditahan

SEMPORNA: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis [...]

Continue Reading

Tak Berani Sumpah Laknat, Bapa Saiful Masuk PKR

| 11/03/2013 | 0 Comments
Tak Berani Sumpah Laknat, Bapa Saiful Masuk PKR

PETALING JAYA: Selepas tiga hari membuat kenyataan mendakwa kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Mohd Saiful Bukhari adalah fitnah, Azlan Mohd Lazim pada Isnin menghantar borang permohonan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengakui berjuang menyokong perjuangan Anwar dan PKR sejak 1998, Azlan bagaimanapun menegaskan tindakannya menyertai parti itu tiada [...]

Continue Reading

Bapa Saiful Tidak Akan Sumpah Laknat, Pertahan Dakwaan

| 11/03/2013 | 0 Comments
Bapa Saiful Tidak Akan Sumpah Laknat, Pertahan Dakwaan

PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menegaskan beliau tidak akan membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya bahawa kes liwat II membabitkan anaknya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah. Tegas dengan pendirian bahawa dakwaannya Jumaat lalu adalah benar, Azlan berkali-kali menolak gesaan pelbagai pihak yang mahu supaya beliau melakukan sumpah laknat [...]

Continue Reading

Nur Misuari Ugut Lancar Perang Ke Atas Malaysia Jika Raja Muda Agmibuddin Dibunuh

| 11/03/2013 | 0 Comments
Nur Misuari Ugut Lancar Perang Ke Atas Malaysia Jika Raja Muda Agmibuddin Dibunuh

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu. Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana [...]

Continue Reading

33 Suspek Pengganas Sulu Ditahan Dalam Op Daulat Hari Keenam

| 10/03/2013 | 0 Comments
33 Suspek Pengganas Sulu Ditahan Dalam Op Daulat Hari Keenam

SEMPORNA: Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka. Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk [...]

Continue Reading

Polis Panggil Bapa Saiful Beri Keterangan Kes Liwat Anwar Ibrahim Satu Konspirasi

| 10/03/2013 | 0 Comments
Polis Panggil Bapa Saiful Beri Keterangan Kes Liwat Anwar Ibrahim Satu Konspirasi

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. “Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk [...]

Continue Reading

Anwar Ibrahim Akan Dakwa Media Malaysia Tetapi Enggan Ulas Dakwaan Media Filipina

| 04/03/2013 | 0 Comments
Anwar Ibrahim Akan Dakwa Media Malaysia Tetapi Enggan Ulas Dakwaan Media Filipina

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut laporan media asing yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata di negeri berkenaan. Sambil menegaskan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak terbabit dengan isu tersebut, Anwar bagaimanapun memberitahu bahawa perkara berkaitan dakwaan itu [...]

Continue Reading

Jika Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf, Kesultanan Sulu Sedia Berunding

| 04/03/2013 | 0 Comments
Jika Tuntutan Ke Atas Sabah Diiktiraf, Kesultanan Sulu Sedia Berunding

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad. Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer beliau masih lagi membuka pintu rundingan [...]

Continue Reading