RSSBerita

PRU13 – PM Lancar Manifesto Barisan Nasional “Menepati Janji Membawa Harapan”

| 07/04/2013 | 0 Comments
PRU13 – PM Lancar Manifesto Barisan Nasional “Menepati Janji Membawa Harapan”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sewaktu melancarkan Manifesto BN di Stadoum Putra Bukit Jalil. Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra [...]

Continue Reading

Lagi 6 Suspek Pengganas Sulu Ditahan

| 12/03/2013 | 0 Comments
Lagi 6 Suspek Pengganas Sulu Ditahan

SEMPORNA: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis [...]

Continue Reading

Datuk Doris Sophia Brodi Dilantik Semula Timbalan YDP Dewan Negara

| 12/03/2013 | 0 Comments
Datuk Doris Sophia Brodi Dilantik Semula Timbalan YDP Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Doris Sophia Brodi pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara untuk penggal kedua. Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. Beliau berikrar akan menunaikan kewajipannya dengan jujur dan segala daya upaya untuk menumpahkan taat setia kepada negara serta memelihara, melindungi dan [...]

Continue Reading

Beberapa Laman Perkongsian Fail Berhak-Cipta Diambil Tindakan Tutup

| 12/03/2013 | 0 Comments
Beberapa Laman Perkongsian Fail Berhak-Cipta Diambil Tindakan Tutup

Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan mematikan akses kepada beberapa laman perkongsian, dan kini kelihatan beberapa laman tempatan turut hadir dibawah pemerhatian pihak mereka. Daripada apa yang dilaporkan oleh Hollywood Reporter, seorang belia berusia 27-tahun dikatakan telah ditahan disebabkan perkongsian pautan muat-turun fail-fail berhakcipta pada laman SYOK.org. Ia turut dikatakan [...]

Continue Reading

Perwira Yang Terkorban Di Sabah Dianggap Mati Syahid – Mufti Kelantan

| 12/03/2013 | 0 Comments
Perwira Yang Terkorban Di Sabah Dianggap Mati Syahid – Mufti Kelantan

KOTA BHARU – Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap sebagai mati syahid. Beliau berkata tidak wajar mana-mana pihak yang masih mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air itu. “Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap [...]

Continue Reading

PM Umum 9 Berita Baik, Kenaikan Gaji Tahunan Diawalkan

| 12/03/2013 | 0 Comments
PM Umum 9 Berita Baik, Kenaikan Gaji Tahunan Diawalkan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ‘berita baik’ sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada [...]

Continue Reading

Tak Berani Sumpah Laknat, Bapa Saiful Masuk PKR

| 11/03/2013 | 0 Comments
Tak Berani Sumpah Laknat, Bapa Saiful Masuk PKR

PETALING JAYA: Selepas tiga hari membuat kenyataan mendakwa kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Mohd Saiful Bukhari adalah fitnah, Azlan Mohd Lazim pada Isnin menghantar borang permohonan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mengakui berjuang menyokong perjuangan Anwar dan PKR sejak 1998, Azlan bagaimanapun menegaskan tindakannya menyertai parti itu tiada [...]

Continue Reading

Gred Gaji Anggota Polis Dan Tentera Dinaikkan

| 11/03/2013 | 0 Comments
Gred Gaji Anggota Polis Dan Tentera Dinaikkan

PUTRAJAYA: Kerajaan menaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkata Tentera Malaysia (ATM). Sebagai contoh, gaji koperal ATM dan [...]

Continue Reading

Bapa Saiful Tidak Akan Sumpah Laknat, Pertahan Dakwaan

| 11/03/2013 | 0 Comments
Bapa Saiful Tidak Akan Sumpah Laknat, Pertahan Dakwaan

PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menegaskan beliau tidak akan membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya bahawa kes liwat II membabitkan anaknya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah. Tegas dengan pendirian bahawa dakwaannya Jumaat lalu adalah benar, Azlan berkali-kali menolak gesaan pelbagai pihak yang mahu supaya beliau melakukan sumpah laknat [...]

Continue Reading

Suki Low Mohon Makhamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Galaxy Music

| 11/03/2013 | 0 Comments
Suki Low Mohon Makhamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Galaxy Music

Biarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu pemenang rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17. Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak [...]

Continue Reading