Cara Baru Setup Domain Name Di NetKL Network
Salam semuanya.. Lama sungguh aku tak berupdated blog ni. Asyik fokus ke blog tonton online lagi satu tu sampai terabai blog ini. Tak apa, now dah aktif balik. Ok, kali ini aku nak share cara baru untuk setup domain name di NetKL Network. Baru-baru ini aku ada beli 2 domain sekali di NetKL Network. Aku amik masa yang agak lama la juga untuk survey nama dan harga domain di Malaysia ini. Rata-rata semua harga dah naik sekarang. Paling murah pun now untuk domain .Com ini pun dalam RM27.00 je. Itupun aku tak pasti apa features yang mereka bagi. Siapa mereka? Google je ya.. hehe
Aku survey punya survey, baca post, review post blogger-blogger lain mengenai domain name ni, last-last aku amik jugak dekat NetKL. Sebab apa? NetKL memang terkenal dengan support services yang mantap, laju, sabar, membantu dan peramah. Korang bayangkan, lepas aku bank in duit di maybank guna machines cash deposit tu, still dalam kereta ni aku call la no hotline mereka. Aku cakap la aku dah bank in duit ke account maybank NetKL untuk beli 2 domain. Aku bg details aku dekat staff berkenaan, aku cakap yang dah sampai rumah nanti aku open ticket pasal aku bank in duit tadi. Lepas tu sampai rumah aku nak open ticket hantar dekat dorang, aku tengok dah siap aktif dah pun domain aku. Perghh! Fast and Furious sungguh dorang ni. Aku amik masa 30 minit la jugak nak sampai rumah. Aku check time call dorang dan email sampai, 5 minit lepas aku call dorang je domain aku dah aktif. Perghh! Memang terbaiklah aku cakap! Memang tabik spring aku dengan service dorang. Korang boleh google review untuk service dari NetKL Network. Memang korang akan baca 100% setuju dengan service/support dari NetKL Network memang terbaik!
Lagi pula features yang ditawarkan pun menarik dan lengkap. Kalau korang google untuk nama domain name ini, ada syarikat web hosting yang offer just 1 features, ada yang kena beli Id Protection, ada yang kena beli DNS Service la. Paling best, harga mahal tapi features tak dinyatakan atau tak diberi. Maknanya asing-asing la kena beli. Fuh! Syarikat web hosting dan nama besar la pula tu di Malaysia ini. Siapa? Korang akan tau kalau korang survey. Hehe
Apa yang NetKL bagi?
- FREE DNS Service
- FREE Domain Forwarding
- FREE Whois ID Protect
- FREE Domain Theft Protection
- FREE Domain Secret Management
- Easy-to-use Control Panels
- Expiry Date Reminders *
- Renewal Management Tools
- Contact Management Tools
- Dedicated Support
Complete! Yes, bagi aku lengkap dah tu. DNS Servis tak payah beli dah, tak payah beli Whois ID Protection dah, security untuk domain kita siap ada dah. Ada syarikat web hosting lain yang tawarkan harga Domain Name RM38.00 setahun tapi ID Protection, DNS Service semua tu kena beli asing-asing. Total semua kalau complete lebih kurang dalam RM60 cam tu la. Fikir-fikirkanlah. Hehe
Ok, masuk ini dah 3 domain aku beli under NetKL. Bagi aku di NetKL ni memang langsung tak ada masalah support, servis ke apa. Semua tiptop! Kalau korang nak bermula untuk ada website sendiri, try la NetKL. Korang tak akan menyesal.
Berbalik kepada tutorial yang aku nak share ini. Tutorial ini hanya khas untuk mereka yang beli domain under NetKL Network sahaja ok. Yang lelain aku tak dapat bantu.
Firstly, lepas korang dah beli di NetKL, korang akan dapat email confirmation dari pihak NetKL mengenai bayaran yang telah anda buat.
Lepas itu korang check la email yang pihak NetKL hantar tu ya. Lepas itu masuk ke mydomain.netkl.com . Paparan dia seperti di bawah.
Lepas tu korang klik ke manage order, and then pilih List/Search Order. Paparan berikutnya seperti di bawah.
Senarai domain yang korang beli akan terpapar seperti di gambar di atas. Lepas tu korang klik pada nama domain name yang korang nak setup nanti. Contoh aku amik nama domain blog tonton online aku, www.dramatvonline.net. Klik sahaja nama domain itu dan paparan berikutnya seperti di bawah.
Pilih menu DNS Management tu. Kali ini kita nak setup DNS untuk dipointkan kepada blogger nanti.
Ok, paparan berikutnya seperti di atas. Lepas itu korang kena create A Records. Untuk A Records itu, korang masukkan destination IP Address. Lihat post ini
Seperti di atas, korang kena buat 4 A Records. Contoh aku punya seperti di bawah :
Rekod ‘A’;
dramatvonline.net >> 216.239.32.21
dramatvonline.net >> 216.239.34.21
dramatvonline.net >> 216.239.36.21
dramatvonline.net >> 216.239.38.21
Ulang step di atas sampai siap 4 Destination ID itu. Lepas dah siap yang 4 ID Destination tu, korang pergi ke CNAME Records pula.
Isikan Host Name anda dengan “www” . Yang ini jika korang nak website/blog anda bermula dengan “www”. Contoh : www.dramatvonline.net. Kalau tak nak, biarkan kosong sahaja. tapi bagi aku, ada “www” nampak smart sikit. heh!
Ok, di value pulak, lihat gambar di atas dan isikan ghs.google.com itu. lepas tu klik Add Record! Siap!
Lepas semua step di atas korang dah siap setting dan isikan dengan betul, sila login ke blogger.com anda.
Pilih setting >>Publishing >> Switch to custom domain.
lepas itu pilih switch to advanced setting.
Ok, kita di step penghabisan. isikan nama domain korang di Your Domain itu. isikan capctha yang keluar dan save setting. Siap! Korang dan ada domain .com/.net/.org/ bla bla bla sendiri. hehe! Untuk masa ini, domain baru korang belum aktif lagi. Tunggu dalam setengah jam atau satu jam lagi dan check di url blog anda.
Itulah sedikit sebanyak tutorial yang aku nak kongsikan. Actually pihak NetKL ada buat servis setup ini dengan bayaran cuma RM3 sahaja. Bagi aku bukan aku tak nak bayar, tapi ini ilmu yang patut aku tahu dan praktikkan sendiri. Kalau aku tak belajar, tak akan tau la sampai bila-bilakan? So, apa yang aku tau aku kongsikan kepada korang semua. “Ilmu lebih berharga dan bernilai jika kita kongsikan bersama. Kenikmatan yang dirasa tiada tolok bandingan” .
Kalau ada masalah, tinggalkan komen di bawah ya! Hope korang paham dan berjaya buat setup sendiri dengan mengikut tutorial di atas. Happy blogging!
Carian Anda :
- cara tukar domain blogspot (14)
- cara menukar domain blogspot (3)
- netkl (3)
- cara hendak tukar domain blogspot ke com (2)
- cara nak buat mydomain (2)
- netkl blogspot (2)
- 8:08 netkl (1)
- leypark com/cara baru setup domain (1)
- link blog to custom domain netkl (1)
- netkl domain (1)
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)























Netkl punya service memang bagus. Aku pun sebelum nih banyak guna hosting ngan beli domain diorang.
kodinz nak shared pasal..Cara Mudah Mencari Do Follow Blog
banyak beli hosting dari NetKL bro? perghhhh masyukkk tu.. aku 1 hosting ni pun x mampu.. ekeke harga tak boleh tahan la dkt NetKL.. tapi bab support 100% mmg terbaik..
Mr Leypark nak shared pasal..Video Majlis Pelancaran Proton Preve Baru 16 April 2012
setakat ni, aku masih pakai netkl. dah 3 tahun lebih. memang jarang ada masalah.
titan nak shared pasal..Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzTours
aiyarkk.. awat la comment hang ni masuk spam bro.. tak perasan la plak.. adehh.. hehe mmg xde prob langsung dgn NetKL.. mmg servis dorg terbaik setakat ni..
service dari NetKL memnag terbaik..beli 1st domain dari netkl baru-baru ni..lepas bank-in bayaran secara online,domain siap dalam 25 minit..
jam 11 malam bank-in ,11.25 dah siap…ingatkan staff netkl dah tido..rupa-rupanya 24/7 service..
eh, xde punya.. dorg 24/7 tu.. try la open tiket pukul 3 pagi, 15 minit lepas tu mesti dorang valas.. hehe aku tak tau la dorg ni tido ke idak.. haha
Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga saya tukar pada .com terima kasey en kasi tutorial…blur juga mula2…hik2
its maey nak shared pasal..Emas Pelaburan Jangkamasa Pendek
Tahniah! Selamat dtg ke .com … hehe Se
sama!
Mr Leypark nak shared pasal..10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis
Mr Leypark…i try follow ur tutorial…tapi xjadi…xtau la salah dekat mana..
Cuba test lagi sekali.. Ada silap la tu.. Ada yg dah follow tuto ni menjadi je buat..
Hari ini saya beli domain baru untuk di gunakan kepada blogspot. Belum ada pengalaman mengunakan domain kepada blog spot kerana dari sejak mula blogging mengunakan WordPress pada hosting berbayar. Terima kasih ke atas panduan ini.
akubiomed nak shared pasal..Wordless Wednesday – Bangau Oh Bangau
hehehe no problem bro.. sama2