Bank Negara Malaysia Umum Bekalan Wang Kertas Baru Mencukupi Sempena Raya 2012
Ini adalah berita baik buat semua pengguna dimana stok duit wang kertas baru sempena raya 2012 mencukupi dan tidak habis. Sebelum ni, kebanyakan bank telah mengalami masalah kehabisan wang baru kerana pemintaan yang terlalu tinggi pada musim perayaan. Namun, sekarang ni semua masalah ini sudah diatasi Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bekalan wang kertas baharu adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa musim perayaan bagi tujuan pembayaran dan transaksi perniagaan.
Semua bank perdagangan dikehendaki memastikan cawangan mereka mempunyai bekalan wang kertas yang mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kesukaran untuk mendapatkan wang kertas baharu boleh menghubungi talian penting 03-26907613; 03-26988044 samb. 7402/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my
Carian Anda :
- bekalan wang bnm (1)
- cara buat duit kertas (1)
Category: Berita, Isu Semasa
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)












Macamana nak cukup kalau semua orang nak simpan duit baru. Dulu kalau time nak tukar duit raya, melayu jer biasanya yang tukar duit. Memandangkan ini duit baru, semua bangsa pun nak tukar juga, beribu-ribu ringgit pulak tu.
Malaysia Coin nak shared pasal..Duit Syiling lama Malaysia
dari mana bank negara dapat duit.