Bajet 2012 : Negara Berkebajikan, Subsidi, Intensif, Bantuan Sudah Lama BN Amalkan

| 07/10/2011 | 0 Comments

 

 

 subsidi kerajaan budget2012 Bajet 2012 : Negara Berkebajikan, Subsidi, Intensif, Bantuan Sudah Lama BN Amalkan

Bajet 2012 : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan “semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan”.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya. Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.

Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.

“Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk programKebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.

Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.

“Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadangmembuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutaniaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

“Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagilangkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaandan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Bajet 2012, Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: