Bajet 2012 : Felda Global Ventures Holdings Disenarai Dalam Bursa Saham Malaysia
FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu menjadi sebuah konglomerat global, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyenaraian itu akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan berwajaran tinggi selain menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia.
Hak dan kepentingan peneroka FELDA akan terus dilindungi oleh Koperasi Permodalan FELDA sebagai pemegang saham majoriti, tegas beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen di sini.
Peneroka FELDA dijangka menerima durian runtuh, dan jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian, kata beliau.
P/s : Untuk hari ini, akan dikupaskan mengenai Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Carian Anda :
- durian runtuh felda (11)
- kpf masuk bursa saham (11)
- felda global ventures holdings dalam bursa malaysia (1)
- kebaikan felda global ventures (1)
Category: Bajet 2012, Berita, Info
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)












kalau saham koperasi dibeli oleh syarikat lain yang lebih banyak wang,
good bye