Bajet 2012 : Bayaran Khas RM3000 Kepada Anggota Keselamatan, Duda & Balu
Kerajaan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM3,000 setiap orang kepada hampir 62,000 orang bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran khas sebagai mengenang jasa itu juga termasuk kepada lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang mana jasa mereka sering dinafi dan diperlekeh sesetengah pihak ketika ini.
“Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi, kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya kerana sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan rakyat Malaysia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.
Najib berkata, bekas anggota keselamatan itu terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.
Beliau berkata bagi memastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta di bawah program ‘Army Care’ untuk menaik taraf dan menyelenggara kem dan kuarters tentera di seluruh negara.
Katanya tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif dalam kalangan anggota.
Bagi meringankan beban 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka dengan dana sebanyak RM50 juta.
“Program latihan khusus itu membolehkan mereka yang sudah bersara tanpa pencen menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM200 juta dalam usaha bagi memastikan integriti dan wibawa pasukan polis kekal terjunjung tinggi.
Beliau berkata negara memerlukan pasukan polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, menual teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih.
“Susulan ucapan saya sempena Hari Malaysia, 16 Sept lepas, kita bakal menempa wajah baru landskap sosiopolitk negara. Pemansuhan, pemindaan dan penggubalan kerangka perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingan keselamatan dan negara dan kebebasan individu akan memerlukan tugas kepolisan dalam masyarakat yang moden dan terbuka.
“Falsafah kepolisan yang dibentuk dalam era ‘insurgency’ dan ketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini,” katanya.
Najib berkata untuk perbelanjaan pembangunan Polis Diraja Malaysia, tambahan dana berjumlah RM442 juta akan diperuntukkan tahun hadapan, di mana antara projek yang bakal diilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan.
Carian Anda :
- rm3000 untuk bekas tentera (144)
- bantuan bekas tentera (66)
- bantuan rm3000 bekas tentera (61)
- RM3000 UNTUK BEKAS POLIS (57)
- pesara tentera dapat rm3000 (55)
- borang bantuan bekas tentera (45)
- bantuan bekas polis (41)
- bantuan bekas polis zaman darurat (39)
- saguhati bekas tentera (39)
- bantuan bekas perajurit (34)
Category: Bajet 2012, Berita, Info
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)












mcmne,nak check senarai nama bekas2 polis yang terima rm3000?
kami belum dapat info lagi bagaimana nak check senarai bekas2 polis terima bantuan tersebut.. akan kami usahakan ok..
Mr Leypark nak shared pasal..[Gambar] Aksi Mesra Apek Dengan Shida, Shida Harmi Ugut Sebar Bukti Aksi Ranjang
Bagaiman caranya tuntutan RM3,0000 bagi bekas Polis British boleh dibuat. Kalau pakai borang bagaiman untuk mendapatkannya. Kalau perlu daftar dimena tempatnya.
Pohon dapatkan alamat dan no telefon urusetia bayaran.
Terima kasih.
Hj. Hashim Yaacob
Lot 532, Depan SEkolah Pasir Hor,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
tel 09 765 9324 019 9898 631
En Hashim Yaakob, kami sudah pun post berkenaan permohonan tuntutan RM3000 ini. Tuan boleh rujuk di artikel ini –>> http://leypark.com/muat-turun-borang-permohonan-tuntutan-rm3000-untuk-bekas-anggota-polis/
Mr Leypark nak shared pasal..Tonton Drama Karma Slot Ratu TV9 Episod 1 – 14 Akhir Full Video
Pada 11 Jan 2012 saya telah uruskan permohonan bantuan bekas polis zaman darurat bagi pihak ibu saya, pertanyaan bilakah bantuan tersebut akan disalurkan.
Rasanya bantuan akan disalurkan mengikut proses kelayakan. Tuan akan dihubungi oleh pihak BR1M jika tuan layak. Pembayaran selewat-lewatnya 2 minggu selepas permohonan tuan diluluskan.
Mr Leypark nak shared pasal..Papa I Love You Watch Online Full Video
Saya nk tanya tentang item no (g) yg terkandung dlm syarat2 permohonan sumbangan saguhati khas kpd bekas anggota polis yg berkhidmat pd zaman darurat..
Dimana nak dapatkan borang akuan status pemohon?.
Thanks
Mungkin tuan boleh rujuk kepada post yang ini http://leypark.com/muat-turun-borang-permohonan-tuntutan-rm3000-untuk-bekas-anggota-polis/ atau pun terus merujuk kepada laman web KDN http://www.moha.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 03-88868193, 03-88868584 atau 03-88868000.
Mr Leypark nak shared pasal..Watch Online Petaling Street Warriors Full Movie
SALAM NAK TYE , CITE “AKU BKN TOMBOY ” XDE KE FULL MOVIE?
salam,
nak tya borang permohonan one off ni sama ke dengan borang permohonan bekas tentera?
permohonan bekas polis zaman darurat bagi pihak atuk saya , nak check sama ada telah diluluskan atau sebaliknya.
boleh refer terus ke laman web KDN http://www.moha.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 03-88868193, 03-88868584 atau 03-88868000.
Mr Leypark nak shared pasal..Ganjaran RM100,000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwin Rozita Che Wan
PERTANYAAN TENTANG BORANG MEMOHON BEKAS TENTERA?
sy ingin bertnya adakah anggota yang berjawatan tetap polis ketika waktu darurat tidak layak untuk menerima bantuan RM3000 bagi bekas anggota polis semasa era darurat? ini kerana ibu sy selaku balu kepada arwah datuk sy yang bertugas sebagai polis mata-mata tidak layak menerima bantuan RM3000 tersebut.harap tuan boleh menjelaskan pertanyaan sy ini.
sorry, kami tiada jawapan terhadap soalan anda. boleh refer terus ke laman web KDN http://www.moha.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 03-88868193, 03-88868584 atau 03-88868000.
Mr Leypark nak shared pasal..Cara Baru Setup Domain Name Di NetKL Network
Pada 23/04/2012 saya telah menerima cek berjumlah RM3000.00 atas nama dan i/c ibu, ianya sumbangan untuk bekas2 polis (home guard). Beliau meninggal pada 07/04/2012 sedangkan beliau tidak ada mana2 akaun bank. x kan duit hangus x dapat ditukar. Kalau boleh duit 2 saya mahu buat kenduri arwah.
Bagaimana caranya dan dimana tempat saya mahu berurusan?
jawapan ada di komen di atas..
Mr Leypark nak shared pasal..Piala Thomas : Lee Chong Wei Sedih Tidak Dapat Bantu Rakan Sepasukan Akibat Kecederaan
bile duit mun bin megat hamzah boleh dapat yes.
nak tanya macam mana kalau nak dapatkan wang tu kalau datuk saya pernah menjadi homeguard pada zaman darurat dan dia takder bukti sijil tamat perkhidmatan dan sijil perlantikan sebagai homeguard yang dia pernah pegang suatu ketika dahulu…….padahal tempat tu di IPOH..kampung bharu..
Muhammad Ashraf nak shared pasal..Commission Breakthrough Review 2012 Latest
susah nak jawap tu.. jawapan ada dkt komen di atas.. call saja nombor tu.. cuba tanya..
Mr Leypark nak shared pasal..[Video] Debat PTPTN Antara Khairy Jamaluddin Dan Rafizi Ramli Full Video
pesara polis ROBIAH BT NORDIN I/C NO 440405-08-5890 layak terima x?
Mcamana nak semak nama 2 bekas polis yg layak?
pesara polis AMINAH BINTI JOHARI SJN/59030 layak terima x.
pesara polis AMINAH BINTI JOHARI SJN/59030 layak terima x.
pesara polis JUAHIR BIN HAJI ISHAK layak menerima sumbangan RM 3,000 atau tidak?
bekas askar othman bin sulon,… lans koperal dpt ke,..
salam..sampai sekarang ayah saya L/KPL 54234 ABDUL AZIZ B ZAINI belum terima bayaran khas ni..mcm mana ye nak chek…?