Apek Menjadi Wira Negara, Tanpa Apek Kita Malu Besar! Rajagobal Pertahan Pemain Kesayangan
Aksi cemerlang penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menghalang gawang negara daripada dibolosi lebih daripada 1 gol oleh rangkaian serangan Singapura, seterusnya mendapat pujian pelbagai pihak, termasuklah jurulatih skuad negara, Datuk K.Rajagobal yang menyifatkan persembahannya malam ini sebagai cukup cemerlang dan layak ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
“ya memang dia menyelamatkan beberapa percubaan lawan, dia cukup tangkas, kita patut berterima kasih kepada dia. Kalau tanya adakah saya menyesal kerana rehatkan dia pada perlawanan pertama, saya pun tak tahu nak kata apa, dia bagus. outstanding. tapi saya ada alasan rehatkan dia. sebenarnya kedua-dua goalkeeper kita bagus. Bila dia bolos dengan Liverpool 5 gol, orang kritik dia, bila Sharbini bolos 5 gol dengan singapura, pun kena kritik, so lebih adil saya komen prestasi dia malam ini..”. – Datuk K.Rajagobal.
Keputusan menurunkan Apek di gawang, nyata dilihat satu-satunya keputusan bijak dalam pemilihan pemain dilakukan Rajagobal, berbanding percaturan lain dilakukan pengendali berusia 55 tahun itu sepanjang permainan, apatah lagi Apek bertindak cemerlang mengagalkan setidak-tidaknya 3 percubaan pasti gol dilakukan pemain lawan.
Apek yang sekadar menjadi pemerhati ketika rakan seposisinya, Sharbini Allawee Ramli melepaskan 5 gol mudah ketika perlawanan pertama, membuktikan dia adalah pilihan tepat untuk menyarung jersi penjaga gol no.1 negara, bangkit daripada prestasi merudum dengan merebahkan badan menyelamatkan percubaan Shi Jiayi (m-10), melayangkan badan menyelamatkan sepakan percuma Shaiful (m-38), dan menyelamatkan percubaan one-on-one Mustafiq di separuh masa kedua.
Dengan tidak banyak untuk diperkatakan tentang perlawanan kedua ini, tumpuan sebenarnya lebih terarah kepada taktikal Rajagobal, keputusan pengadil dan penjaga garisan serta tindakan pemain Singapura yang banyak melengahkan masa dengan lakonan demi lakonan hebat yang layak dianugerahkan Oscar Award.
Rajagobal menurunkan kesebelasan utama sepertimana dijangka, tiada rombakan besar, dengan Aidil Zafuan dan Amirulhadi Zainal kembali ke posisi mereka, manakala Ismail Faruqi mengambil tempat Safiq Rahim, dan Abdul Hadi Yahya bermula di kesebelasan utama.
Seperti biasa pemain kesayangan atau favourite Rajagobal – Amar Rohidan, yang benar-benar tidak berfungsi (ada satu ketika hanya berdiri dan melihat bola dikuasai pemain Singapura) kekal beraksi 90 minit permainan, manakala Ismail Faruqi yang berjaya menambat hatinya hanya selepas beraksi 30 minit menentang Liverpool, digantikan Gurusamy (Persoalannya, mengapa tidak Baddrol Bakhtiar atau Shakir Shaari?).
Manakala kemasukan Fakri Saarani, melengkapkan episode buruk percaturan Rajagobal, pemain itu bukan sahaja gagal memainkan peranan dengan berkesan, malah tidak berada di atas padang ketika wisel penamat ditiup, gara-gara dilayangkan kad kuning kedua. Mungkin ramai yang berpendapat Ashaari Shamsudin lebih sesuai menjadi penganti.
Ditanya pendapat Rajagobal tentang perlawanan serta keputusannya hanya menurunkan anak emas, ini jawapan Rajagobal.
“kalau awak tanya saya, memang ini keputusan tidak adil, saya sebagai jurulatih inginkan kemenangan, dan mara ke pusingan seterusnya, tapi keputusan kita kena terima. kita bukan tewas, saya gembira, terutamanya dengan aksi separuh masa kedua, kita berikan mereka saingan tapi tidak memadai. Tak perlu salahkan sesiapa, melihat pasukan ini, saya yakin merekalah yang akan menjadi tonggak untuk kita mara ke Piala Asia 2015, itu sasaran kita dan di sini mereka dapat pendedahan berguna..”.
“Ismail, saya tak rasa dia beraksi buruk, dia masih baru dalam pasukan ini, kita tak boleh judge dia dalam 1 match, terus kata tak bagus, dia ada skill, kreativiti, kita harus bagi dia peluang, saya yakin dia boleh pergi lebih jauh, sama ada national team, mahupun bersama Terengganu, dan Amar dia tetap steady seperti biasa..”.
Mengambil kira kata-kata Rajagobal, kemampuan seseorang pemain tidak boleh dinilai melalui 1 perlawanan, penulis juga ingin bangkitkan persoalan, apakah kriteria yang dilihatnya yang ada pada Ismail Faruqi, yang meyakinkannya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, berbanding Ashaari, Baddrol dan Shakir, yang lebih lama bersama pasukan?
Tersingkirnya Malaysia, bermakna tiada lagi aksi kompetitif antarabangsa untuk tempoh terdekat, sekadar mengharapkan skuad Olimpik untuk beraksi pada September, manakala Singapura pula, akan bersaing di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia, bersama 19 pasukan lain
Category: Bola Sepak
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











