Apa Perlu Dibuat Jika Kad ATM Bank Ditelan?
Ini pengalaman aku sendiri yang aku alami tadi. Punya la bengang betul aku tadi gara-gara kad Maybank aku kena telan dengan Mesin ATM bank lain. Mungkin ada yang mengalami situasi begini atau belum pernah alami pun. Jika anda baca post ini, and then perkara sebegini terjadi kepada anda nanti, boleh la ikut panduan yang akan aku kongsikan di bawah.
Ceritanya bermula begini. Alkisah.. Toyibb! (dialog filem apa ini?). Aku tadi dekat area setapak dekat dengan branch Perodua tu. Sesiapa tinggal area situ tahu la dekat mana Branch Perodua tu. Dekat situ tak ada bank Maybank, yang ada aku jumpa Bank Rakyat saja la. So, disebabkan aku nak keluarkan duit dari akaun Maybank aku, aku pun singgah la ke Bank Rakyat tu.
Aku pun macam biasa la, pergi ke ATM Machine Bank Rakyat tu, masukkan kad ATM Maybank aku dan macam biasa buat step-step nak keluarkan duit dari Machine ATM. Mulanya tak ada problem pun, sampai je nak keluar kad ATM, tup-tup tak keluar pulak! Aduh, aku panik dah time tu. Aku tengok dekat lubang kad tu, kad tu seakan-akan cuba meloloskan diri dari lubang tu. Aku dengan rasa panik dan “simpati” terus la cari apa benda yang boleh kasi keluarkan kad tu. Aku amik kunci kereta, jolok-jolok sikit bagi kad tu keluar tapi tak berhasil. Ah sudah..! Ini yang aku tak suka (cakap dalam hati). Time ni lah nak buat hal pulak.
Aku cuba lagi dan lagi, tapi nampak gaya memang dah sangkut. Sampai last sekali aku tengok Machine ATM tu secara rakus menelan kad Bank aku tanpa belas kasihan! Damn! Pergghhhh! Terkesima aku time tu. Apa dah aku nak buat ni. (dalam hati aku berkata). Perasaan aku time tu jangan cakap la, memang mendidih habis. Ibarat sesiapa sentuh aku, aku kasi terajang je. Gitulah perasaan aku time tu. Siapa tak bengang kan. Time kita ada job nak buat yang perlukan duit untuk bergerak, time tu la nak buat hal. Memang jadi mangsa la Machine ATM tu aku kerjakan. Aku pun apa lagi, duk ketuk-ketuk Machine ATM tu. Segala button dekat situ aku tekan-tekan dan kasi hempuk dengan tapak tangan aku sekuat hati aku. Bayangkan macam tepuk nak buat roti canai tu je la, gitu la. Niat hati memang aku nak kasi tapak kaki aku ni hinggap je dekat button mashine tu. Nak je aku pijak-pijak Machine ATM tu, tapi disebabkan setiap Bank ada CCTV, terpaksalah aku tahan perasaan aku tu. Kalau buat jugak, tak ke naya kena tahan dengan polis akibat merosakkan harta benda awam! Huhuhu
Ok, bermula dari sini ada point-point yang anda boleh buat jika situasi ini berlaku kepada anda suatu hari nanti. Firstly, lepas kad ATM aku dah kena telan tu, aku cari no hotline Bank Rakyat tu. Aku pun call lah no tu, malangnya itu bukan no customer servis, itu no orang yang jaga dalam bab pembatalan kad-kad bank je. Aku pun pelik la Bank Rakyat punya customer servis ini, ada jugak ek tempoh-tempoh masa dorang kerja eh? adess! Aku pun cakap je la dengan orang yang jaga bab pembatalan kad tu.
Aku : “Hello boss, ini customer servis Bank Rakyat ke?”
BR : “Hello. Bukan customer servis Encik, ini yang jaga bab pembatalan kad-kad bank sahaja. Customer Servis dari pukul 8 Pagi hingga 9.30 Malam je Encik”
Aku : “Pulak dah. Yeke? Ok macam ini. Saya ada prob sikit dengan kad ATM ni. Saya now dekat area setapak, singgah dekat Bank Rakyat ini nak keluarkan duit. Tapi time nak keluar kad tu, tak keluar plak kad ATM saya. Malah ditelannya pulak kad ATM saya. Macam mana ya?”
BR : “……………………………………..”
Aku : “Hello??”
BR : ” Hello”
Aku : “Haa, so macam mana ni eh?”
BR : “Kalau yang macam itu saya tak tahu Encik, Kena tanya dengan Customer Servis. Saya jaga bab-bab pembatalan kad sahaja. Kena tunggu esok Encik”
Mendengar je jawapan dia, aku dah makin mendidih dah. Dalam hati aku, bangsat betul la. B^%$ betul! Sampai macam tu sekali la aku rasa. Aku pun dengan tak semena-mena terus tengking.
Aku : “So, kena tunggu esok jugak la? Kalau dah macam ini punya situasi pun, saya ada hal penting pun kena tunggu esok jugak la?”
BR : “Nampaknya macam itu lah Encik. Saya memang tak boleh buat apa-apa”
Aku : “Aduh. Susah la macam ini. Dah la ada kerja penting, kena pulak macam ini. Masalah betul la. So, memang tak boleh buat apa-apa ke?”
BR : “Ok Encik, macam ini. Encik catat masa, tarikh dan cawangan bank mana yang encik nak keluarkan duit itu. Esok encik call cutomer servis dan ceritakan sekian sekian sekian dekat mereka. Nanti mereka akan uruskan”
Aku : “Oklah. Oklah. Terima kasih”
Lepas tu aku end call, and then aku pandang balik dekat machine tu. Dengan perasaan menyirap dan mendidih, dengan plan aku untuk hari ini cancel, aku pun dengan tanpa belas kasihan menepuk button Machine ATM tu sekuat hati. Dalam hati aku (pun%^k betul. Pergi mampus la).
Sekadar gambar hiasan.
Meluru aku ke kereta dan aku terus ke Bank Maybank area Sri Gombak. Aku masuk dan cari no customer servis Maybank. Aku pun call no hotline mereka 1-300-88-6688. Ikuti perbualan aku di bawah :
MB : “Hello, customer servis Maybank. Saya Fitri (kalau tak salah aku la nama dia ni), boleh saya bantu?”
Aku : “Hello Assalamualaikum. Customer Servis Maybank eh?” (dah dia bagitau tadi, aku g tanya lagi buat apa) haha!
MB : “Wasalam. ya, customer servis Maybank sini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik?”
Aku : ” Ok, macam ini. Saya nak adu pasal kad ATM saya. Tadi saya dekat area setapak, nak keluarkan duit dari Bank Rakyat sebab Bank Rakyat je la saya nampak time tu, Maybank tak ada pulak. So, saya singgah nak keluarkan duit tapi last sekali bila nak keluarkan kad tu, tak keluar plak kad tu. Malah ditelan kad ATM saya tu. Macam mana eh?”
MB : “OK, macam ini Encik. Boleh saya dapatkan nama penuh encik?”
Aku : “Muhammad …………” (Dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.. kakakaa)
MB : “Ok. Macam ini encik. Saya akan buat pembatalan segera kad bank Encik. Tapi sebelum itu boleh saya dapatkan maklumat account encik? Nama penuh, Nombor IC Encik?”
Aku : “OK. Bla bla bla.. bla bla bla. So macam mana eh? Kad itu memang tak boleh guna kan dah kan? Kena buat kad baru ke?”
MB : “Ya, memang tak boleh guna dah. Kad ATM mana-mana hilang atau kena telan memang akan dibatalkan terus. Mereka akan terus lupuskan atau hancurkan terus mana-mana kad ATM yang dijumpai atau ditelan. So, encik kena buat kad baru. Setiap kad baru akan dikenakan caj RM12.”
Aku : “Oooo.. buat baru. So, kena tunggu hari isnin nanti ke?”
MB : “Ya.. sebenarnya esok ada cawangan Maybank kami yang bukak. Ada 2 tempat di area KL yang bukak. Encik area mana sekarang?”
Aku : “Now dekat Sri gombak. Dekat mana cawangan yang bukak tu? Sebab memang saya kena dapatkan kad ATM secepat mungkin pun sebab banyak kerja nak kena buat lagi”
MB : “Ok, esok ada 2 cawangan bukak. 1 dekat Pavilion dan 1 lagi dekat KLCC”
Aku : “Haa, ok cantik. KLCC dekat mana? dalam ke or luar KLCC? ”
MB : “Dekat dalam KLCC. Dekat 1st Floor”
Aku : “Ok, good! Esok saya ke KLCC untuk dapatkan kad ATM tu”
MB : “Sebelum itu boleh saya dapatkan sedikit pengesahan kembali dari encik. Boleh bagi no akaun maybank encik?”
Aku : “No akaun maybank? Kejap. (check dekat hp, cari no akaun maybank aku). Ha.. ok. 16240….. bla bla bla”
MB : “Ok terima kasih. Saya dah semak dan dah buat pembatalan segeran terhadap kad ATM Maybank Encik”
Aku : “Ok, terima kasih. Jap, lagi satu nak tanya. Kan time saya nak keluarkan duit tadi, kad dah kena telan. Kalau duit tu pulak macam mana? kena tolak ke apa?”
MB : “Berapa jumlah duit yang encik keluarkan tadi?”
Aku : “Tak banyak, dalam RM40.00 je. Kena tolak jugak ke or burn dah duit tu?”
MB : “Hmm kejap ek.. Biar saya semak balik. Ok, saya dah check. Duit itu tak ada apa-apa masalah. Transaksi itu tidak berjaya sebab kad ATM encik tak dapat keluar. So, semuanya ok. Saya akan masukkan details jumlah yang encik cuba keluarkan dalam reports dan semuanya ada”
Aku : “Fuhh.. ok.. alhamdullillah.. Terima kasih.”
MB : “Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik?”
Aku : ” Ok, tak ada terima kasih ya. Askum”
MB : “Wasalam. Terima kasih kerana menghubungi Maybank dan maaf di atas segala kesulitan”
Aku : “Sesama.”
Tutt.. Tutt.. Habis dah perbualan aku dengan customer servis Maybank tu. Dari segi perbualan aku dengan Customer Servis Maybank itu, aku boleh katakan aku puas hati dengan layanan Customer Servis dia. Aku call dalam 11.45 malam pun dorang ada lagi. Boleh la aku bagi rate 4/5 untuk dia. Bank Rakyat? Hmm, aku malas nak komen. Panas hati aku pun belum habis time tu. Hohoho. Janji prob aku settle esok. Kad bank pun ada dalam tangan esok pun dah cukup!
Kepada anda, dapat tak point-point yang aku bagi? Ok, kalau tak dapat tangkap, ni ada tips.
- Jika kad ATM anda hilang atau ditelan machine ATM, call terus no hotline bank anda dengan kadar segera.
- Jangan panik.
- Beri butiran Nama, IC dan No akaun bank dekat Customer Servis Bank anda.
- Suruh mereka batalkan secepat mungkin kad ATM anda.
- Simpan No Akaun ATM Kad Bank anda dalam Handphone anda atau dalam buku kecil. Buku itu haruslah dibawa ke mana sahaja dan diletakkan di tempat yang selamat.
- Jika anda tidak pasti dengan status kad ATM anda yang telah hilang atau ditelan, tanya dengan lebih terperinci kepada customer servis bank anda. Jangan segan silu. Kita sebagai pengguna ada hak untuk tahu status kad atm kita.
- Simpan no hotline customer servis bank anda di dalam handphone anda.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku pada hari ini. Diharap jika anda akan mengalami situasi sebegini nanti, prepare la dulu sebelum terjadi kepada anda nanti. Salam.
Carian Anda :
- kad maybank hilang (79)
- kad atm maybank hilang (49)
- kad atm ditelan (35)
- kad atm hilang (33)
- kad maybank kena telan (29)
- kad atm maybank kena telan (26)
- kad bank hilang (21)
- kad bank maybank hilang (20)
- kad atm kena telan (14)
- kad bank kena telan (9)
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)













Saya mnt kt penulis cite ni!
haha! terbaik cite ni! pelakon , lirik , watak , emosi semua superb! boleh jadi pengarah.. wkakaka :P
mekasih
Ahchai Yo hehehe.. pengalaman tu.. kena cerita.. baru ada feels.. ehehe
Ape yg perlu dibuat telan je atm machine.bkn stakat kad je dpt dgn duit2 skali
lorh.. nak wat mcm mane sbb en leypark guna maybank, sbb tu dak bank rakyat tak leh buat pape.. dye xde detail akaun maybank en leypark.
yang dye suh tunggu sampai esok tu maybe sbb bile bank da buka, ada technition bole bukak mesin tu utk dapatkan kad atm tu balik..then maybe dak bank rakyat tu dak baru.. :P
example en.leypark guna unifi.dulu, customer service unifi bukan 24jam. then if tgh mlm pun ada prob, xguna call streamyx untuk dapatkan internet sbb en leypak pakai unifi.. kan..? kan..? kan..? just opinion.hehe :P
Alaaa.. kalau dah time-time macam tu, macam2 fikir dah.. hati tgh panas la katakan.. ahaks
Mr Leypark nak shared pasal..Zed Zaidi Dipilih Menjadi Presiden Baru Untuk SENIMAN
hahaha! understand that. but not for next time kot.. customer services selalu dijadikan tempat orang lepaskan geram.. they just can make, read, and update report then give the infor.. ceh.. telebih plak.. hehee .. :P
chachers nak shared pasal..kita xtahu
amboii.. cakap mcm kerja sebagai customer servis je.. hahaha
Mr Leypark nak shared pasal..Christina Perri Live In Malaysia Jun Ini
bank rakyat pon wat hal..hahaha..sebelom nie saya slalu kena kat atm Cimb..ade lah dekat 5,6x die telan..memang fobia..len kali kalau nk kluar kan duet guna bank lain bek g kat branch bank..kena telan..leh sembur trus kat situ..haha.