Anak Jadi Icon Fesyen

| 02/08/2011 | 0 Comments
 Anak Jadi Icon Fesyen
HAMPIR SAMA…Carol Vorderman dan anak perempuannya, Katie di Epsom bulan lalu.

BIASANYA remaja perem�puan gemar menyelong�kar almari pakaian ibu mereka untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai mereka. Namun, hari ini, keadaan sebaliknya berlaku.
Menurut kajian, satu gene�rasi wanita melihat anak perempuan mereka sebagai model fesyen untuk mereka bergaya.
Ibu yang berusia 20-an hingga 40-an itu – ekspresi remaja yang merujuk kepada wanita berusia 40-an tetapi berpakaian seolah-olah mereka berusia 20-an – terdesak untuk kekal muda hingga mereka meniru cara anak gadis mereka berpakaian daripada cara berdandan hingga kepada gaya rambut.

Bagaimanapun, ia proses sehala apabila fesyen dan cita rasa generasi lama tidak digemari golongan muda.


Penemuan itu menjelaskan mengapa selebriti bergelar ibu seperti Carol Vorderman mendapatkan tip bergaya daripada anaknya. Pengacara berusia 50 tahun itu dan anak perempuannya, Katie, 19, kelihatan serupa ketika ditemui di Epsom Derby, bulan lalu.


Penyelidikan dilakukan ke atas 300 ibu dan anak perempuan mereka mendapati remaja perempuan mempunyai pengaruh besar pada cara dandanan, berpakaian dan gaya rambut dipilih ibu mereka. Ahli sejarah kebudayaan sudah lama mempersoal bahawa tahun 1950 adalah titik perubahan apabila generasi muda memberontak terhadap cita rasa ibu bapa mereka buat kali pertamanya.

Bagaimanapun, fenomena itu kini menjadi nyata sepenuhnya, apabila semakin ramai ibu bapa yang meniru fesyen generasi muda, seperti mana disarankan kajian itu.

Dr Ayalla Ruvio dari Fakulti Perniagaan Universiti Temple Fox, berkata, kesan remaja ke atas ibu bapa lebih ketara berbanding sebaliknya.

Pengkaji yang penemuan mereka dicatat dalam Jurnal Kelakuan Pengguna, menyoal 343 ibu dan anak perempuan mereka dengan usia purata 44 dan 16 tahun.

Mereka mendapati bahawa sekiranya ibu itu berhati muda, mempunyai kesedaran fesyen yang tinggi dan melihat anak perempuannya sebagai pakar untuk bergaya, dia akan meniru tabiat membeli-belah anak perempuannya.

Namun, walaupun anak perempuan melihat ibunya lebih tua daripada diri�nya sendiri dan berminat dengan fesyen, remaja itu tidak akan merujuk kepada ibunya sebagai model fe�syen mereka.

Dr Ayalla berkata: “Budaya kita menekankan supaya sentiasa berasa muda dan kita melihat sosialisasi bertentangan di mana ibu bapa meniru anak mereka. Kita mempunyai ibu yang berusia 44 tahun, tetapi merasakan mereka berusia 33 atau 34 tahun.

“Mereka merasa muda dan meluahkan perasaan itu melalui kelakuan mereka.

“Tetapi mereka tidak ada masa untuk mengambil tahu dan mengikut perkemba�ngan fesyen semasa kerana mempunyai kehidupan dan kerjaya yang sibuk, jadi mereka mengambil jalan pintas dengan meniru gaya anak perempuan mereka.”

Pada 2009, dilaporkan seorang ibu membelanjakan 10,000 pound (RM50,000) untuk kosmetik supaya kelihatan seperti anak mereka yang berusia 22 tahun lebih muda.

Janet Cunliffe, 50, berkata: “Mungkin kedengarannya seperti tidak waras kerana saya menjalani pembedahan kosmetik untuk kelihatan seperti anak perempuan saya, tetapi dia sangat cantik. Siapa yang tidak mahu kelihatan sepertinya?

“Saya melihat bahawa dia mendapat wajah yang cantik itu daripada saya – kecantikan saya mungkin sudah hilang ditelan usia.

“Melihat betapa cantik�nya Jane mendorong saya mahu mendapatkan semula kecantikan saya. Kini walaupun kami adalah ibu dan anak, kami kelihatan seperti kembar.”

iklan1 Anak Jadi Icon Fesyen

Category: Fesyen

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge