Aksi Mesra Hanez Suraya Cium Randy Pangalila

| 14/06/2012 | 0 Comments

hanez suraya Aksi Mesra Hanez Suraya Cium Randy Pangalila

Kebanyakkan pelakon baru bimbang membawa watak jahat kerana risau dengan tanggapan penonton. Namun bagi bintang yang kini mencipta nama, Hanez Suraya Abd Aziz, 27, menjayakan watak antagonis membawa namanya pergi jauh dalam industri seni tempatan.

Bercerita lanjut, pelakon yang memulakan kerjaya menerusi filem Bicara Hati bergandingan dengan Fazura hampir tujuh tahu lalu, dia teruja apabila Cube Filem Sdn Bhd melamarnya untuk membintangi drama Dalam Hati Ada Taman bergandingan pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila dan Elfira Loy.

Memetik temubual Hanez Suraya dengan Harian Metro di ruangan Selebriti Metro, Hanez memberitahu, timbul cerita apabila wataknya sebagai tunang Randy, Sofea dalam drama arahan Michael Ang itu memerlukan Hanez bermesra dengan Randy. Bukan itu saja, mereka turut melakukan aksi panas apabila ada babak cium turut dirakam.

hanez suraya dan randy pangalila1 Aksi Mesra Hanez Suraya Cium Randy Pangalila

Menjelaskan perkara itu, pelakon bertubuh lampai ini berkata, dia mengharapkan perkara itu tidak dijadikan isu sehingga boleh memberikan tanggapan tidak baik, sama ada buat dirinya mahupun Randy.

Lebih dibimbangkan adalah tanggapan diberikan peminat setia Randy terhadap dirinya membabitkan babak mesra dan cium bakal disaksikan penonton apabila disiarkan kelak.

“Sebelum ini, sewaktu telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang disiarkan, saya nampak peminat setia Randy seperti tidak boleh menerima kemesraan ditonjolkan pelakon itu bersama Elfira, sedangkan ia hanya lakonan.

“Saya takut kena hentam seperti mana berlaku kepada Elfira. Waktu sama, saya mahu menjaga hati peminat saya yang mula menerima kehadiran saya,” katanya.

Tegas Hanez, babak cium itu sebenarnya hanya lakonan dan dibuat dengan menggunakan teknik lakonan dan kamera.

“Memang pengarah mahu menimbulkan persoalan apabila penonton menyaksikan drama bersiri itu nanti sama ada kami benar-benar bercium atau tidak. Begitupun, sebagai pelakon, saya menggunakan teknik supaya setiap babak dilakukan nampak hidup dan ia seperti benar-benar berlaku,” katanya.

Jelas Hanez, melakukan aksi romantis dan bercium bersama Randy, perasaan gementar tetap ada. Mujur keserasian yang wujud sebelum ini sewaktu membintangi Mimpi Sampai Ke Bintang membolehkan ia dilaksanakan dengan sempurna dan kedua-dua pelakon tidak berasa kekok.

“Sebenarnya saya kenal Randy ketika kami digandingkan dalam Mimpi Sampai Ke Bintang. Begitupun, waktu itu saya menjadi ibu tirinya yang jahat. Berbeza dengan Dalam Hati Ada Taman, sebanyak 13 episod saya menjadi tunang Randy.

“Memastikan setiap babak romantis menjadi, Michael memberi ruang kepada kami untuk membina keserasian. Saya mengambil inisiatif dengan selalu bercakap dan berbincang bagaimana hendak menjayakan babak itu,” katanya.

 

iklan1 Aksi Mesra Hanez Suraya Cium Randy Pangalila

Carian Anda :

  • hanez suraya (1296)
  • hanez suraya biodata (80)
  • biodata hanez suraya (63)
  • hanez suraya dan randy pangalila (61)
  • hanez suraya abdul aziz (52)
  • randy pangalila dan hanez suraya (42)
  • randy pangalila dan isteri (38)
  • hanez suraya profile (35)
  • kisah cinta randy pangalila dan hanez suraya (35)
  • gambar seksi hanez suraya (34)

Tags: , , , , ,

Category: Gambar, Gossip Panas, Hiburan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: