Aiman Hakim Ridza, Tak Mengaku Gambar Dia Bersama Kekasih
Setelah nama Aiman Hakim Ridza, 23, melonjak naik menerusi drama Vanila Coklat awal tahun ini, pelakon itu terus diburu kontroversi apabila fotonya bersama wanita yang didakwa kekasihnya tersebar di laman sesawang.
Sehingga kini, masih ramai yang tertanya-tanya dan masih tidak dapat memastikan siapa gerangan gadis yang kelihatan mesra bersebelahan Aiman Hakim Ridza di dalam foto tersebut.
Memetik kenyataan daripada Murai, nyata Aiman sendiri sukar untuk membuka mulut mengenai gadis tersebut, sebaliknya hanya mengaku kawan.
“Saya kalau boleh tidak mahu bercakap mengenai hal peribadi. Saya juga lebih selesa hanya menjawab perihal kerjaya.
“Saya tahu ramai yang sudah membuat spekulasi sendiri tetapi apa yang boleh saya katakan, dia hanyalah kawan saya.
“Kami memang sudah berkawan lama sejak dahulu lagi. Selebihnya tidak perlulah untuk saya mengulas lanjut mengenainya,” jawabnya seperti menyembunyikan sesuatu.
Sebelum ini terdapat beberapa blog yang menyebarkan foto itu dan mendakwa gadis tersebut adalah kekasih Aiman yang bercinta daripada sejak zaman sekolah lagi.
Walaubagaimanapun, Aiman yang lahir daripada program Mentor musim ke lima (Mentor 5) itu sekeras-kerasnya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal peribadinya.
Mengenai perkembangan lain, Aiman yang akan memulakan penggambaran Vanila Coklat dalam versi filem itu, kini tampil dengan sebuah lagu duet bersama Erni Zakri berjudul Khalimah Janji.
Pertama kali merakamakan lagu, Aiman akui amat bertuah kerana masih diterima dalam bidang nyanyian selepas tewas di Mentor 5 yang lalu.
“Alhamdulilah, rezeki saya dalam bidang nyanyian masih ada dan memang cita-cita saya untuk bergerak seiring dalam kedua-dua bidang ini.
“Saya akui, saya kini lebih menyerlah dalam bidang lakonan. Cuma mungkin saya belum jumpa x-factor lagi dalam bidang nyanyian dan saya sedang mencarinya.
“InsyaAllah selepas ini jika diberi peluang saya mahu merakamkan sebuah album pula,” luahnya lagi.
Lagu duet, Khalimah Janji bakal menjadi soundtrack untuk filem Vanila Coklat yang menggandingkan dirinya sendiri bersama heroin asalnya, Izara Aishah.
Carian Anda :
- aiman hakim ridza (1761)
- anzalna nasir (508)
- anzalna seksi (177)
- aiman hakim (121)
- aiman hakim ridza seksi (90)
- gambar aiman hakim ridza (84)
- aiman hakim ridza girlfriend (76)
- aiman hakim ridza dan kekasih (71)
- izara aishah dan aiman hakim ridza (53)
- aiman hakim ridza izara aishah (44)
Category: Gambar, Gossip Panas, Hiburan
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











