banner ad

8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

| 09/12/2011 | 10 Comments

Wajah-wajah selebriti kacukan Pan-Asia selalu dilihat menghiasi ruang-ruang iklan, drama mahu pun filem di Malaysia. Keunikan paras rupa mereka yang dilihat sebagai komersil dikatakan punca utama mereka menjadi tumpuan lensa kamera di mana-mana saja mereka berada. Malah mereka juga gah dpilih sebagai duta serta jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.

Juliana Evans 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Juliana Evans (21 tahun)
Facebook - Juliana Evans

Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.

Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.

Diana Dinelle 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Diana Danielle (19 tahun)

Facebook – Diana Danielle

Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejak usianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ….Dalam Botol serta Hanyut.

sharifah 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Sharifah Sofea (25 tahun)

Aktres kelahiran Liverpool, Englad yang berdarah Melayu di sebelah bapanya dan Scottish di sebelah ibunya ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambarnya bermain dengan 2 ekor anjing peliharaan rakannya tersebar di laman sosial. Namun Sofea yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya menjelaskan dia tahu hukum hakam memegang anjing dia juga juga telah mekukan samak selepas memegang anjing tersebut. Antara drama lakonannya adalah Pesona Bintang, Astana Idaman, Badai Polis, Spanar Jaya, Akademi, Skuad Elit dan Nur Kasih. Filem lakonanya pula adalah Gong, Cinta Yang Satu, Orang minyak, Pisau Cukur, serta Berani Punya Badak.

 

maya karin 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Maya Karin (31 tahun)

Facebook : Maya Karin

Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Buat ketika ini, Maya sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.

Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

 

yasmin hani 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Yasmin Hani (31 tahun)

Facebook : Yasmin Hani

Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.

Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.

 

juliaziegl 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Julia Ziegler (25 Tahun)
Facebook – Julia Ziegler

Model dan aktres kelahiran Melayu-Inggeris ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada produser serta pengarah filem Datuk Yusof Haslam. Siapa lagi kalau bukan Syamsul Yusod yang juga bekas kepada teman lelaki Diana Danielle. Sejauh mana kebenaran tersebut, tidak diketahui. Namun sejak mula menjadi model untuk TV komersial seperti Pringles, Nokia, Celcom, Olay Pantene dan Sendayu Tinggi, erjaya seni Julia semakin menyinar.

Banyak drama yang sudah dibintangi. Antaranya ialah Ampang Medikal, Halimah Juling, Cuci The Series dan Mat Bunga, manakala dalam filem pula, Julia pernah membintangi filem Momok The Movie, Jangan Tegur, Cicakman 2: Planet Hitam, Kayangan dan Jangan Tegur.

 

fara wahida 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

 

Faradhiya (26 tahun)

Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, Amin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,dia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.

 

aishah sinclair 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Aishah Jennifer Sinclair (30 tahun)

Facebook – Aishah Jennifer Sinclair

Model, hos dan aktres kacukan Melayu-Inggeris ini merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair yang kini sudah mengahwini penyanyi serta pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari. Tidak seperti abangnya, Aishah yang juga sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya nampaknya lebih selesa menceburi dunia pengacaraan berbanding lakonan.

Antara program yang dikendalikannya adalah Life Traits, Voice Your Choice, 8TV Quickie, Red Carpet for Anugerah Juara Lagu 2007, Rock Unite, Venus, So You Think You Can Dance, Double Exposure – Photography Reality Show Online. [via]

iklan1 8 Artis Wanita Malaysia Kacukan Paling Cantik

Carian Anda :

  • chantek full movie (627)
  • juliana evans (599)
  • gadis cantik (392)
  • cantik (346)
  • julia ziegler seksi (301)
  • wanita (218)
  • ARTIS PEREMPUAN MALAYSIA DIANA (204)
  • juliana evans biodata (195)
  • wanita cantik (170)
  • tetek yasmin hani (163)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Gambar, Info

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Kecik Kuntoi Bro Joe says:

    cntik2..

  2. Azrul NIzam says:

    ahaks….

  3. Azrul NIzam says:

    ahaks….

  4. Syukur atas kecantikan kurniaan ALLAH SWT dan gunakanlah untuk memartabatkan ISLAM.
    Noor Hafsah Sulaiman nak shared pasal..Top Corset Premium Beautiful direka cipta 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan.My Profile

  5. Mohd Peja says:

    Come nyerrrrrrrrrr…

  6. Mohd Peja says:

    Come nyerrrrrrrrrr…

  7. Nurul Atikah says:

    bgi saya…..juliana , maya karin.hani, wawa zainal dan nora danieh.

  8. Nurul Atikah says:

    bgi saya…..juliana , maya karin.hani, wawa zainal dan nora danieh.

  9. Nur Amirah says:

    nora x ada darah europe la,dia keturunan myanmar dan melayu,wawa zainal x ada darah omputih,dia org brunei,julia ziegler mmg cantik bg sy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: