6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan

| 04/08/2011 | 0 Comments
Berikut adalah senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi Racun Berjadual:


1. BML HB Lotion

produk+beracun1 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan

2. Krim Malam Shana

 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan


3. Natasya Gold Krim Herba 

produk+beracun3 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan


4. Biotox Whitening Hydro Cream 

produk+beracun4 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan


5. Yoko Whitening Cream 

produk+beracun5 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan


6. Sue Beauty Night Treatment Cream 

produk+beracun6 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan


Petikan berita daripada Mstar:

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

“Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

“Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

“Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika,” katanya.

Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.


iklan1 6 Produk Kecantikkan Yang Disahkan Mengandungi Racun Oleh Kementerian Kesihatan

Carian Anda :

  • produk kecantikkan (76)
  • produk kecantikan yang halal (28)
  • senarai produk kecantikan yang halal (18)
  • senarai kosmetik halal (14)
  • senarai produk kosmetik yang tidak halal (13)
  • senarai produk kosmetik yang halal (13)
  • senarai produk kosmetik halal (9)
  • senarai barang kosmetik yang tidak halal (8)
  • produk kecantikan yang tidak halal (8)
  • senarai jenama produk kecantikan (7)

Category: Berita, Info, Kesihatan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: