10 Perkara Yang Terlepas Pandang Semasa Perkahwinan Norman & Memey

| 02/10/2011 | 0 Comments

oMZhB 10 Perkara Yang Terlepas Pandang Semasa Perkahwinan Norman & Memey

Kebiasaannya, kita hanya membaca yang baik-baik sahaja mengenai perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Namun realitinya, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dan tidak ambil peduli kerana menganggap ia isu remeh-temeh.

Jom kita baca dan ketahui 10 perkara tersebut :

1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan.

2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah.

3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini.

4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey.

5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan.

6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media.

7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut.

8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat.

9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

10. Kehadiran wartawan/penerbit rancangan Nas Ahmad ke majlis perkahwinan ini turut mencuri perhatian ramai. Selain Memey dan Norman, Nas juga tidak henti-henti bergambar bersama peminat!

P/s : Point yang ke 9 sesuai ditujukan kepada Norman. Kesian anak-anak tak dapat nafkah. Walaupun ditaja, anak-anak didahulukan! Heheeeeee!  20x20 beat brick 10 Perkara Yang Terlepas Pandang Semasa Perkahwinan Norman & Memey

iklan1 10 Perkara Yang Terlepas Pandang Semasa Perkahwinan Norman & Memey

Carian Anda :

  • perkahwinan artis (20)
  • isu semasa perkahwinan (3)
  • SEMASA PERKAHWINAN (2)
  • drama lakonan memey suhaiza (1)
  • movie lakonan memey suhaiza (1)
  • perkara perkara majlis perkahwinan (1)
  • semasa perkahwinaan (1)
  • tetamu semasa pernikahan (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Gossip Panas, Perkahwinan Artis

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: